Ahad, Mei 22, 2011

KURSUS KEPIMPINAN PRS SMKUR





 

 
 


 Pada 5 dan 6 April 2011 - Unit Bimbingan dan Kaunseling telah mengadakan kursus kepimpinan PRS bertempat di Eco Kid Adventure , Gombak, K.Lumpur.  Tujuan kursus ini adalah untuk membina karektor kepimpinan PRS.  Kursus ini telah dikendalikan sepenuhnya oleh Cikgu Jinggo dan fasilitatornya.  Aktiviti -aktiviti yang dijalankan telah meningkatkan daya keyakinan diri dan kepimpinan di kalangan ahli PRS SMK. Undang Rembau.  Kaunselor yang terlibat ialah Pn. Rozita bt Abas, En. Ali b Sharif dan Pn. Aziah bt Abd.Ghani.

Ahad, Februari 27, 2011

Gerai Jualan PRS - Sempena Kejohanan Olahraga Sekolah 2011

Sempena Kejohanan Olahraga sekolah pada 23 - 25 Februari 2011 , PRS SMKUR telah mengadakan jualan di tepi padang sekolah.  Barang jualan ialah air minuman seperti anggur, jus oren dan float.  Gerai PRS telah mendapat keuntungan yang amat memberangsangkan.  Tahniah dan terima kasih kepada PRS dan khususnya AJK jualan yang telah bertungkus lumus melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab.


                                                        











































Sabtu, Februari 26, 2011

Hari Anugerah Tokoh PRS Tahun 2010


Pada 22 Sept 2010 - UBK SMKUR telah mengadakan Hari Anugerah Tokoh PRS 2010 di King's Hotel, Ayer Keroh Melaka. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada ahli PRS yang layak agar ianya dapat meningkatkan motivasi diri. Terdapat 10 kategori Anugerah dan PRS yang berjaya adalah seperti berikut:
1. Kekemasan - Mohd. Zahideen Mohd. Diah (5 Zrh)
2. Kepimpinan - Ahmad Aiman Aissamuddin (5 Zrh)
3. Proaktif - Nur Amanina bt Ahmad SLP (5 Ut)
4. Aktif - Alvin Soo Chun Kit (4 Ut)
5. Up To Date - Ibnatun Nabilah (3 PL)
6. Ceria - Nur nazahah Awang (4 Ur)
7. Popular - Qaidatul Syazwanie (3 PL)
8. Disiplin - Muhamad b Maarop (4 Ut)
9. Cool - Mohd. Yusry (4 Zrh)
10. Sporting - Mohd. Zaim Rozi (4 Zrh)
11. Anugerah Khas - Mohd. Zahideen dan Nor Amanina

Majlis anugerah telah dirasmi oleh Datin Hjh. Azimah bt Alis, Pengetua cemerlang SMKUR dan turut hadir Pn. Nor Asikin bt Yahya (GPK Hem). Majlis bermula jam 3.00 ptg dan tamat jam 6.00 petang.