Jumaat, Jun 10, 2011

Majlis Sambutan Hari Guru SMKUR 2011

Pada 16 Mei 2011 - Hari menghargai jasa dan pengorbanan guru oleh indvidu yang bergelar pelajar khususnya dan seluruh rakyat Malaysia amnya. Majlis Sambutan Hari Guru di SMKUR telah dikendalikan oleh badan Pengawas dan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS).  Pelbagai aktiviti telah diadakan seperti acara perhimpunan rasmi dan ucapan perutusan oleh Menteri Pelajaran dan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, acara sukaneka dan acara persembahan oleh pelajar dan guru.  Acara Sukaneka telah dikendalikan oleh PRS manakala acara persembahan bakat dikendalikan oleh Pengawas.  Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada semua pelajar SMKUR kerana telah berjaya meraikan majlis sambutan hari guru pada tahun 2011.

























Ahad, Mei 22, 2011

KURSUS KEPIMPINAN PRS SMKUR





 

 
 


 Pada 5 dan 6 April 2011 - Unit Bimbingan dan Kaunseling telah mengadakan kursus kepimpinan PRS bertempat di Eco Kid Adventure , Gombak, K.Lumpur.  Tujuan kursus ini adalah untuk membina karektor kepimpinan PRS.  Kursus ini telah dikendalikan sepenuhnya oleh Cikgu Jinggo dan fasilitatornya.  Aktiviti -aktiviti yang dijalankan telah meningkatkan daya keyakinan diri dan kepimpinan di kalangan ahli PRS SMK. Undang Rembau.  Kaunselor yang terlibat ialah Pn. Rozita bt Abas, En. Ali b Sharif dan Pn. Aziah bt Abd.Ghani.

Ahad, Februari 27, 2011

Gerai Jualan PRS - Sempena Kejohanan Olahraga Sekolah 2011

Sempena Kejohanan Olahraga sekolah pada 23 - 25 Februari 2011 , PRS SMKUR telah mengadakan jualan di tepi padang sekolah.  Barang jualan ialah air minuman seperti anggur, jus oren dan float.  Gerai PRS telah mendapat keuntungan yang amat memberangsangkan.  Tahniah dan terima kasih kepada PRS dan khususnya AJK jualan yang telah bertungkus lumus melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab.