Ahad, Mei 13, 2012

MAJLIS PENGANUGERAHAN WATIKAH PELANTIKAN PRS 2012

Pada 5hb Mac 2012 - Majlis Pentauliahan PRS telah diadakan di dataran perhimpuan sekolah pada jam 7.40 pagi.  Majlis ini bertujuan untuk menyampaikan sijil watikah pelantikan PRS kepada ahli baru.  Majlis penyampaian sijil ini telah disempurnakan oleh Pengetua Cemerlang SMKUR iaitu Pn. Hjh. Aishah bt Ashaari.  Antara aturcara majlis ialah penyampaian sijil watikah, bacaan ikrar oleh semua ahli PRS dan nyanyian lagu PRS Kebangsaan.  Majlis berjalan dengan baik dan lancar.


 



 






KURSUS ASAS PRS SMKUR 2012

Pada 2hb.Mac 2012 - Kursus asas Pembimbing Rakan Sebaya telah diadakan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling di Pusat Sumber Sekolah.  Kursus ini khas untuk semua PRS yang baru dilantik.  Tujuan kursus ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada semua ahli PRS baru tentang peranan dan tanggungjawab PRS di sekolah.  Disamping itu slot kemahiran asas kaunseling juga diberi kepada PRS supaya mereka dapat berkomunikasi secara berkesan dan menggunakan kemahiran asas kaunseling dalam membantu rakan-rakan yang memerlukan bantuan.  Kursus ini telah dikendalikan oleh kaunselor iaitu Pn. Hjh. Rozita bt Abas.







Jumaat, Jun 10, 2011

Majlis Sambutan Hari Guru SMKUR 2011

Pada 16 Mei 2011 - Hari menghargai jasa dan pengorbanan guru oleh indvidu yang bergelar pelajar khususnya dan seluruh rakyat Malaysia amnya. Majlis Sambutan Hari Guru di SMKUR telah dikendalikan oleh badan Pengawas dan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS).  Pelbagai aktiviti telah diadakan seperti acara perhimpunan rasmi dan ucapan perutusan oleh Menteri Pelajaran dan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, acara sukaneka dan acara persembahan oleh pelajar dan guru.  Acara Sukaneka telah dikendalikan oleh PRS manakala acara persembahan bakat dikendalikan oleh Pengawas.  Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada semua pelajar SMKUR kerana telah berjaya meraikan majlis sambutan hari guru pada tahun 2011.

























Ahad, Mei 22, 2011

KURSUS KEPIMPINAN PRS SMKUR





 

 
 


 Pada 5 dan 6 April 2011 - Unit Bimbingan dan Kaunseling telah mengadakan kursus kepimpinan PRS bertempat di Eco Kid Adventure , Gombak, K.Lumpur.  Tujuan kursus ini adalah untuk membina karektor kepimpinan PRS.  Kursus ini telah dikendalikan sepenuhnya oleh Cikgu Jinggo dan fasilitatornya.  Aktiviti -aktiviti yang dijalankan telah meningkatkan daya keyakinan diri dan kepimpinan di kalangan ahli PRS SMK. Undang Rembau.  Kaunselor yang terlibat ialah Pn. Rozita bt Abas, En. Ali b Sharif dan Pn. Aziah bt Abd.Ghani.