Sabtu, Februari 26, 2011

Hari Anugerah Tokoh PRS Tahun 2009










Pada 30 Julai 2009 UBK telah mengadakan Hari Penganugerahan PRS SMKUR di Putra Sayang Resort, Pengkalan Balak Melaka. Tujuan majlis ini diadakan bagi menghargai dan mengiktiraf kepimpinan dan tugas serta tanggungjawab PRS di sekolah yang selama ini banyak membantu pihak sekolah khususnya Unit Bimbingan dan Kaunseling di dalam menjayakan program-program sekolah dan membantu merealisasikan moto sekolah iaitu "Bersama Menjana Kecemerlangan".


Terdapat 10 kategori anugerah yang telah diwujudkan melalui undian . Tahniah dan syabas diucapkan kepada ahli PRS yang telah menerima anugerah pada tahun 2009 iaitu:
1. Nursyafiqah Ahmad Sandera Lela Putra - Proaktif
2. Connie Seleca a/p Sik Zahari - Popular
3. Nuramanina Ahmad Sandera Lela Putra -
4. Alvin Khoo Soo Chin- Berdisiplin
5. Zulaikha Abd. Rahman - Setia
6. Mohd. Yusry - Macho
7. Nurul Shamimi adirah - Cun
8. Nur A'nissa - Happy Go Lucky
9. Alif Haziq - Bersemangat
10. Mohamad Aiman Nordin - Anugerah Khas PRS


Semoga penganugerahan ini akan memberi motivasi kepada semua PRS agar dapat menunjukkan semangat kerjasama dan menjalankan tugas dengan lebih cemerlang pada tahun 2010.


Selain majlis anugerah PRS, beberapa aktiviti diadakan pada hari tersebut iaitu pertandingan lakonan, nyanyian dan tarian. Setiap ahli PRS dikehendaki menunjukkan bakat menerusi aktiviti yang dipertandingkan. Wah... nampaknya semua PRS telah menunjukkan bakat masing-masing. Tujuan aktiviti ini adalah untuk meningkatkan keyakinan diri PRS di samping memeriahkan majlis hari anugerah PRS tersebut.


Semua PRS telah dijamu dengan makanan 'seafood' seperti udang goreng bertepung, sotong goreng bertepung, ayam panggang , ikan siakap bakar dan nasi lemak. Seronok betul PRS dijamu dengan makanan yang enak-enak. Kalau tahun depan nak makan lebih istimewa, rajin-rajin lah kumpul dana PRS ya....

PRS Kebangsaan di Kota Kinabalu Sabah- 2009






Pada 2 - 5 Ogos 2009 saya telah diamanahkan oleh pihak JPNS untuk menyelia dan membimbing ahli PRS N.S di Perhimpunan PRS Kebangsaan di Kota Kinabalu, Sabah. Seramai 12 orang ahli PRS telah mewakili N.S ke perhimpunan tersebut. Salah seorang PRS dari SMKUR telah terpilih ke perhimpunan tersebut iaitu Ahmad Aiman Assamudin b Razli dari Tingkatan 4 Zuhrah.


Pengalaman yang dilalui oleh ahli-ahli PRS yang terpilih sangat berharga dan segala input yang diperolehi di sana akan dapat dikongsikan kepada ahli-ahli PRS di sekolah. Manakala guru-guru pengiring pula dibawa melawat sekitar Kota Kinabalu, Sabah seperti Maktab Gaya, Maktab Yayasan Sabah, Universiti Malaysia Sabah dan Pasar Philipine.


Mutiara sungguh banyak dan murah.... cuma sayang duit tak mencukupi . Kalau boleh semua mutiara yang ada kat sana nak dibawa balik. Pengalaman indah ini sangat berharga dan saya bersyukur kerana terpilih dalam menyertai perhimpunan ini..... Jauh perjalanan, luas pengalaman , penuh pengetahuan dan dimanfaatkan kepada para pelajar serta rakan-rakan.

Bermulanya Laman Blog PRS SMKUR 2011.... Tahniah



Kini bermulalah perkembangan baru untuk PRS SMKUR dengan terbinanya satu laman blog untuk catatan memori.  Semoga dengan kewujudan laman blog ini akan dapat memperkasakan lagi badan PRS SMKUR ... Tahniah diucapkan....Harapan saya agar AJK PRS dapat memberi komitmen sepenuhnya dengan memeriahkan lagi laman blog ini. --- Pn. Rozita bt Abas (Guru Penasihat PRS)